Kuala
Lumpur : Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum membuat keputusan
muktamad berhubung gelanggang pertemuan Malaysia menentang Thailand bagi
saingan final kedua Piala AFF Suzuki, Sabtu ini.
Setiausaha
Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata mesyuarat FAM jam 3 petang
ini akan memutuskan sama ada perlawanan itu akan diadakan di Stadium
Nasional Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam.
Beliau
berkata, FAM dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) sememangnya menaruh
harapan tinggi agar Stadium Nasional Bukit Jalil dapat menjadi tuan
rumah bagi perlawanan final kedua itu.
"Tapi
kita janji, hari ini juga kita akan putuskan, dalam jam 3 petang ini.
Halangan kita sekarang ini bukan padang, tapi acara di luar stadium
(pekarangan).
"Kita
harap lepas ini, dalam masa yang singkat ini, ada perbincangan oleh
pihak pengurusan stadium dengan pihak penganjur. FAM memang mengharapkan
kita dapat beraksi di sini," katanya selepas membuat tinjauan padang di
Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.Credit Bharian


No comments:
Post a Comment