Dewan Undangan Negeri Kelantan baru sahaja meluluskan usul implimentasi hudud. Tapi soalan yang lebih penting: apakah nasib rakyat Kelantan yang masih hidup merempat selepas banjir besar tiga bulan lepas? Adakah agama boleh menyelamatkan mereka dari realiti sosio-ekonomi yang semakin merosot?
Kandungan dan skript video adalah hasil kolaborasi antara BFM dan Projek Dialog.
Itulah yang ditulis dalam deskripsi video "Hudud Isi Periuk Nasi? [Kupas]" yang menjadi viral sejurus ia diterbitkan. Aku tidak mahu komen pasal keperibadian perempuan yang bernama Aisyah Tajuddin ini, kerana nak pakai tudung atau tidak itu antara dia dengan Tuhan. Namun aku agak kesal dengan video ini yang memperlekeh dan mempersendakan hukum Tuhan iaitu hudud dan menutup aurat.
Malah deskripsi yang ditulis dalam video tersebut yang bertulis "Adakah agama boleh menyelamatkan mereka dari realiti sosio-ekonomi yang semakin merosot?" menggambarkan seolah2 mereka tidak percaya lagi yang Tuhan itu wujud yang seharusnya menjadi tempat bergantung setiap umat manusia di muka bumi ini.
Ramai je yang aku tengok tidak bersetuju wanita tidak wajib tutup kepala, tidak menyokong hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS di media2 sosial dan juga pemimpin2 tanah air, tapi mereka membangkang dengan memberi pandangan dan hujah secara ilmiah, bukan dengan emosi dan lawak jenaka yang memperlekeh dan mempersendakan hukum Tuhan.
Dalam bab2 berkaitan agama, jika tidak setuju, usahlah mempersenda. Sebab tu aku tidak hairan kenapa video perempuan ini boleh menjadi viral dan menimbulkan amarah ramai umat Islam, sebab isinya kandunganya terlalu bodoh dan tolol, dan lawak jenakanya terlalu hambar dan sampah.
Namun tidak wajar jika hanya perempuan yang bernama Aisyah ini seorang sahaja yang diserang di alam maya, kerana video ini bukan dia seorang yang buat. Mungkin dia hanya seseorang yang menjadi tukang penyampai sahaja yang terpaksa juga menurut perintah dari orang lain. Bagi aku, seluruh team yang terlibat dalam pembikinan video ini harus bertanggungjawab, dari penyampai, penulis skrip, jurukamera, editor, pengarah, penerbit serta seluruh crew BFM dan Projek Dialog.
Malah ini bukan kali pertama saluran radio BFM yang bersiaran di frekuensi 89.9 ni buat video2 kontroversi macam ni, dah banyak kali pun sebelum ni. Walaupun ada banyak juga video yang boleh mencabar minda, namun kalau dah kepala hotak berfahaman Islam liberal tu maka memang akan ada la content2 yang tahi dan lahanat.
So kalau kita mengutuk mengeji perempuan kat video tu pun takkan mengubah apa2, malah kalau korang maki perempuan tu kat twitter dia @aisyahsekilas atau dengan hashtag #bfmkupas pun dia akan buat kering sahaja. Cara yang mungkin paling berkesan adalah kita boikot radio BFM, jangan buka channel dia, tarik balik iklan2 kat siaran radio dia dan menuntut mereka meminta maaf kepada wanita Islam, orang Kelantan dan seluruh umat Islam di Malaysia amnya. Malah kerajaan dan SKMM seharusnya mengambil tindakan terhadap mereka kerana menerbitkan video sampah seperti itu.
No comments:
Post a Comment