May 08, 2015

Diserang Sakit Jantung, Lelaki Temui Ajal Atas Motosikal

SEORANG lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia di atas motosikal yang diparkirnya di bahu jalan di Seberang Perai Utara setelah terkena serangan jantung.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, kejadian itu disedari seorang pengguna ketika melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa.
11181814_828576997191518_8038613900768698018_n
Sumber foto: Facebook Daily Traffic Report
11225352_828576957191522_5806245582864805887_n (1)
Sumber foto: Facebook Daily Traffic Report
“Anggota polis yang ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia di atas motosikal ditunggangnya.
“Maklumat awal daripada anak mangsa, bapanya mempunyai masalah jantung dan ketika kejadian lelaki itu dipercayai dalam perjalanan pulang keRUMAH  mereka di Ekor Kucing, selepas bersarapan di Padang Serai, Kedah.
Mangsa dipercayai sempat berhenti di bahu jalan ketika terkena serangan sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.”

Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan fizikal di badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment