June 26, 2015

Shanrul Akui Sudah Putus Tunang, Nafikan Curang Dengan Elizabeth Tan



Tunang kepada penyanyi Adira AF, Shahrul Nasrun hari ini menjelaskan kepada kami situasi mengenai dakwaan memikat Elizabeth Tan. Menurut Shahrul, dia berhubung dengan Elizabeth Tan hanyalah atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang kerjasama dalam apa saja program atau campaign saya”

“Adira girlfriend saya… betul, kerana sewaktu itu belum bertunang. Kita harus bersangka baik. Saya pernah dilabel sombong, muka ketat sebelum ini. Mungkin sebelum mereka duduk mengenali saya,” katanya kepada Rotikaya.

Selain itu Shahrul juga tidak menyalahkan Elizabeth kerana memahami situasi tersebut dan menyifatkan mungkin Elizabeth panik dan tidak mahu ada kaitan.



“Sesiapa saja kalau dikaitkan tentang hubungan orang lain, akan cuba protect diri mereka. Saya tak salahkan dia. Mungkin ada salah faham. Saya mesra dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan bila soal kerja”

“Setakat ambil berat tanya makan dah atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa tak salah. Bahkan dengan staff saya yang lain saya layan mereka sama saja,” jelasnya lagi.

Selain itu, Shahrul mengakui sudah putus tunang beberapa bulan yang lalu dan dalam masa yang sama memohon izin agar dia dan juga Adira mencari kabahagiaan masing-masing.

Keluar air mani secara tidak sengaja semasa berpuasa.. Apa nak buat??




Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tajuk kali ni bukannya pasal perkara-perkara lucah atau yang mengaibkan.. Ianya adalah salah satu perkara yang mungkin terjadi di dalam bulan puasa ini.. Mungkin tak terjadi pada anda tetapi terjadi pada orang lain.. Sebelum saya mula, saya ingin meminta para ustaz atau ulama diluar sana agar membetulkan saya jikalau ada salah dan silap..

Korang semua tahu kan perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti makan dan minum dengan sengaja, muntah dengan sengaja, keluar air mani dengan sengaja, bersetubuh di siang hari dan sebagainya.. Tetapi kalau keluar air mani secara tak sengaja pula macam mana?? Apa hukumnya?

Keluar air mani secara tak sengaja banyak berlaku kepada kaum lelaki.. Orang lelaki mesti dah boleh agak macam mana boleh terjadinya perkara ini.. Bagi orang perempuan pula, tak ramai yang tahu pasal ini.. Jadi sebagai ilmu buat kaum hawa.. "Allah s.w.t menganugerahkan mimpi basah kepada kaum lelaki.".. Mimpi basah ini terjadi jikalau orang lelaki termimpi perkara-perkara yang boleh mengeluarkan air mani dari kemaluannya dalam keadaan tidur.. Orang kampung kata mimpi sedap laa..

Hukum keluar air mani secara tidak sengaja adalah tidak membatalkan puasanya.. Puasa seseorang itu dikira masih sah, cuma diwajibkan mandi wajib selepas bangun dari tidur.. Cara mandi wajib ini adalah seperti biasa..
  1. Niat di dalam hati ketika air sampai ke mana-mana anggota badan
  2. Membersihkan anggota badan dari sebarang najis
  3. Meratakan air keseluruh badan
Di bulan ramadan ini, memasukkan air kedalam hidung dan telinga tidak perlu sebab itu adalah bahagian-bahagian yang batin. Apabila semuanya dah selesai, jalanilah ibadat puasa seperti biasa.

Adab-adab ketika berpuasa


Adab-adab ketika berpuasa
Jom rakan-rakan kita menjaga adab-adab ini agar puasa kita diberkati oleh Allah SWT.

Jom Ketahui Kelebihan Di Bulan Ramadan




Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Solat lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadan ke Ramadan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

"Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

"Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhum, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644)

Diceritakan dari Salman RadiyaLlahu 'anhu, dia berkata  Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam memberikan khutbah kepada kami pada akhir hari bulan Sya'ban, baginda bersabda : "Wahai manusia, telah hampir datang bulan suci Ramadan yang penuh berkah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari ibadah seribu bulan. Bulan yang dijadikan oleh Allah, puasa pada siang harinya suatu kewajipan dan solat pada malamnya (selain solat fardhu) sebagai solat sunnah. Sesiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebaikan, pahalanya laksana orang yang melakukan kewajipan pada selain bulan Ramadan. Sesiapa yang melakukan kewajipan di bulan tersebut, pahalanya laksana pahala orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajipan di lain bulan suci Ramadhan. Ia adalah bulan sabar, bagi orang yang bersabar tidak lain balasannya syurga, dan merupakan bulan toleransi, dan bulan ditambahkannya rezeki bagi orang Mukmin, orang yang memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka dan baginya pahala seperti pahala orang yang diberinya berbuka puasa tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya. Mereka bertanya : "Wahai RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, tidaklah semua kami ini mampu memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain ? Maka RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Allah akan memberikan pahala tersebut bagi orang yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan satu biji kurma atau seteguk minuman air putih atau sepotong susu kering. Dan adalah Bulan Ramadan awalnya (10 hari pertama) rahmat, pertengahannya (10 hari kedua) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari neraka.  Sesiapa meringankan hamba sahayanya pada bulan itu Allah mengampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka. Maka perbanyakkanlah di Bulan Ramadhan 4 hal. Dua hal kamu mendapat redha Tuhanmu dan dua hal kamu tidak akan merasa puas dengannya. Adapun dua hal yang membuatkan kamu diredhai Allah adalah : Mengucapkan dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan kamu mohon keampunan kepada-Nya. Adapun dua hal yang kamu tidak akan merasa puas dengannya adalah : Kamu minta syurga kepada-Nya dan minta perlindungan dari api neraka. Dan sesiapa yang memberi minum orang yang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku, sekali minum sahaja tidak akan haus selamanya sehingga masuk ke syurga ". (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya,  dan diriwayatkan dari jalan al Baihaqi, dan diriwayatkan Abu Asy Syaikh Ibnu Hibban dalam at Tsawwab dengan ringkas (at Targhib wa at Tarhib II/94) dan Al Feqh Al Islamiy Wa Adillatuh (2/572))


Wallahu a'lam.