Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tajuk kali ni bukannya pasal perkara-perkara lucah atau yang mengaibkan.. Ianya adalah salah satu perkara yang mungkin terjadi di dalam bulan puasa ini.. Mungkin tak terjadi pada anda tetapi terjadi pada orang lain.. Sebelum saya mula, saya ingin meminta para ustaz atau ulama diluar sana agar membetulkan saya jikalau ada salah dan silap..
Korang semua tahu kan perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti makan dan minum dengan sengaja, muntah dengan sengaja, keluar air mani dengan sengaja, bersetubuh di siang hari dan sebagainya.. Tetapi kalau keluar air mani secara tak sengaja pula macam mana?? Apa hukumnya?
Keluar air mani secara tak sengaja banyak berlaku kepada kaum lelaki.. Orang lelaki mesti dah boleh agak macam mana boleh terjadinya perkara ini.. Bagi orang perempuan pula, tak ramai yang tahu pasal ini.. Jadi sebagai ilmu buat kaum hawa.. "Allah s.w.t menganugerahkan mimpi basah kepada kaum lelaki.".. Mimpi basah ini terjadi jikalau orang lelaki termimpi perkara-perkara yang boleh mengeluarkan air mani dari kemaluannya dalam keadaan tidur.. Orang kampung kata mimpi sedap laa..
Hukum keluar air mani secara tidak sengaja adalah tidak membatalkan puasanya.. Puasa seseorang itu dikira masih sah, cuma diwajibkan mandi wajib selepas bangun dari tidur.. Cara mandi wajib ini adalah seperti biasa..
- Niat di dalam hati ketika air sampai ke mana-mana anggota badan
- Membersihkan anggota badan dari sebarang najis
- Meratakan air keseluruh badan
Di bulan ramadan ini, memasukkan air kedalam hidung dan telinga tidak perlu sebab itu adalah bahagian-bahagian yang batin. Apabila semuanya dah selesai, jalanilah ibadat puasa seperti biasa.
No comments:
Post a Comment