July 30, 2015

Astagfirullah!! Kerana Gilakan Duit, Gadis Melayu Sanggup Menjadi Model Tanpa Seurat Benang


Dewasa ini pelbagai busana Muslimah berlumba-lumba mereka fesyen tudung sehingga menjadi satu perlumbaan fesyen. Ini telah menjadikan AURA rambut yang ditutupi tadi diganti dengan aura tudung yang berbagai gaya dan warna. Ini menyebabkan matlamat berHIJAB itu gagal dan kita masih mengundang zina melalui AURA FESYEN dan WARNA pelbagai hiasan yang terpesong itu.

TASYABBUH (menyamai pakaian orang kafir). Antara gejala yang serius ialah fesyen tudung yang menyerupai TUDUNG BIARAWATI KRISTIAN yang melilit lehar sehingga nampak jinjang lehernya.

Ini bukan sahaja berdosa kerana tidak menutupi aurat dengan sempurna mengikut kehendak Allah, malah ia haram kerana sudah meniru pakaian agama lain. Terkadang pakaian sudah baik menutupi tubuh, namun diterbitkan aura khas untuk 'menarik perhatian' dengan 'warna dan hiasan' yang terlalu menonjol dan keterlaluan. Sebenarnya Nabi SAW menyarankan agar kita memakai pakaian yang tidak 'bercetak dan terlalu berwarna warni..

Dari Abdullah bin Amru bin Ash berkata:

“Rasulullah melihat saya mengenakan dua buah kain yang dicelup dengan warna ushfur, maka beliau bersabda: Sungguh ini merupakan pakaian orang-orang kafir maka jangan kamu memakainya”- (HR.Muslim,6/144, hadits Shahih)



No comments:

Post a Comment