Port Dickson: Seorang lelaki pemandu Honda Civic yang berhenti di sebuah stesen minyak melarikan diri selepas mengisi penuh petrol di dalam kereta yang dipandunya itu.
Kejadian di stesen minyak Lukut dekat sini itu berlaku kira-kira jam 4.20 petang.
Menurut laporan, lelaki terbabit melarikan diri selepas mengisi petrol RON97 yang berjumlah RM78.93.
Lelaki terbabit dikatakan pergi ke kaunter dan berkata mahu membuat isian penuh dan akan membuat bayaran sebaik sahaja selesai mengisi.
Selepas selesai mengisi keretanya, suspek terus melarikan diri bersama kereta terbabit.
“Pekerja pam yang terkejut melihat tindakan suspek cuba mengejarnya dengan menunggang motosikal melalui Jalan Lukut menghala ke Seremban.", kata sumber.
“Suspek yang menyedari diekori memecut laju menyebabkan pekerja terbabit gagal mengekori sebaik memasuki Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)."
“Pekerja pam itu berjaya mencatat nombor plat kenderaan suspek dan memaklumkan kejadian kepada majikannya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Lukut untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.
Video kejadian kejar mengejar itu dirakamkan oleh pekerja stesen peminat itu dan menjadi viral setelah dimuat naik di media sosia. SUMBER
No comments:
Post a Comment