July 28, 2015

"ISTERI KAMU KAN ADA, SURUH JE LA DIA..."


Opah saya di kampung pernah menegur saya apabila melihat saya selalu menguruskan anak2 saya seperti buatkan susu mereka, mandikan mereka, basuhkan berak kencing mereka, tukarkan lampin dan pakaian mereka. Gosok baju saya sendiri pun dia tegur.

Katanya sepatutnya tugas2 sebegitu biar isteri yang buat. "Kan isteri ada, kamu suruh je lah dia". Tambahnya lagi "dia tak pernah pun tegok abah saya buat semua tu dulu, semua emak saya yang uruskan."

Jadi baru saya faham persepsi suami macam saya dipandang negatif oleh orang2 tua yg beranggapan saya dihambakan oleh isteri. Macam kena Queen Kontrol.

Bagi saya, ianyanya dilakukan dengan seikhlas hati. Mereka anak2 saya. Saya nak mereka terus rapat dengan saya. Selain itu kehidupan zaman dahulu tak sama macam sekarang. Dulu isteri hanya duduk di rumah sahaja. 

Sekarang isteri juga terpaksa bekerja membantu suami. Adalah tidak adil bila balik ke rumah hanya isteri sahaja yg menguruskan rumah tangga sedangkan suami hanya goyang kaki duduk melepak. Padahal kedua2nya penat baru balik bekerja kan.

Saya buat semua itu kerana saya memang suka buat. Harap mereka faham. Saya bukannya di Queen Control oleh isteri saya.. mohon jangan salah faham yer. Wasalam. SUMBER

No comments:

Post a Comment