Bismillah.
Insyallah,
kali ini, saya akan ulas secara serius, kenapa KPOP haram. Sebelum saya
nak ulas dengan lebih panjang tentang isu kpop ni, saya nak “pangkah”
sikit golongan-golongan yang takde ‘common sense’ dan langsung tak
pandai fikir apa yang sepatutnya perlu di fikir.
Iaitu, golongan yang selalu “membandingkan satu dosa dengan dosa yang lain untuk mempertahankan dosa.” Mereka suka “membandingkan satu dosa dengan dosa yang lain” supaya
orang menganggap bahawa dosa yang dia buat tu tak patut di tegur, dan
dosa yang lain lebih berhak di tegur, lantas, mereka pun terus buat
dosa.
Contohnya:
“Apahal kau asyik tegur kpop je? Habis tu, lagu melayu yang tak tutup aurat peluk cium bagai kau tak tegur??”
“Apahal
kau asyik tegur perempuan yang tudung labuh tapi ikhtilat je? Habis tu,
perempuan yang tak pakai tudung siap couple bagai tu kau tak nak tegur
ke?!”
“Isu sentuh anjing kau kecoh, apasal isu sentuh bukan mahram kau tak kecoh?!”
Banyak
lagi sebenarnya. Sebenarnya, orang macam ni, mereka sebenarnya kelakar.
Sebenranya,yang dosa itu dosa. Jangan pertahankan dosa dengan
membandingkan ia dengan dosa yang lain.
So, kembali kepada TOPIK. Saya nak nyatakan 6 sebab kenapa KPOP haram. Tapi, di sebabkan ramai tanya:
“Takkan kpop je? Habis lagu
Justin bieber
, Lagu Katy Perry blab la bla lagu melayu blab la takkan tak haram?”
Maka,
bagi meraikan semua orang, berikut adalah HIBURAN yang HARAM, tak
kisahlah melayu ke korea ke bangla ke jepun ke inggeris ke arab ke, jika
ada unsur ini, maka HARAMLAH IA.
1) Unsur cinta.
2) Unsur mempromosi pergaulan bebas dan ikhtilat.
3) Unsur aurat.
4) Unsur Seks sikit atau banyak.
5) Unsur Syirik.
6) Unsur menghina islam.
7) Unsur mengagungkan arak.
8) Dan segala unsur negative yang boleh mempengaruhi orang yang melihatnya.
Ada salah satu dari unsur ni, maka, haram. Ingat, bukan
semua hiburan tu halal. Ada hiburan yang haram! Seperti mana bukan
semua makanan tu halal. Ada makanan yang haram! Begitu juga minuman,
bukan semua minuman tu halal, ada minuman yang haram!
Saya KHUSUSKAN kpop sebab
kpop/korea 1000 kali ganda lebih menular di kalangan mahasiswa
berbanding yang lain. Dan sape yang rasional, dia akan boleh kaitkan
dengan semua hiburan yang sama jenis dengannya tak kiralah hindustan ke,
bangla ke, melayu ke dan lain-lain…
Maka, yang haram, jauhilah!
MENGAPA KPOP, DRAMA KOREA DAN SEANGKATAN DENGANNYA HARAM?
Tanpa
membuang masa, saya nak senaraikan dalil dari Alquran dan hadith, serta
kata-kata Ulama’ sebagai hujah. Buka mati dan hati, ketepikan nafsu dan
ego, hilangkan kesombongan dan takabbur, baca, dan, muhasabahlah!
SEBAB PERTAMA: DI DALAMNYA ADA UNSUR HARAM.
Di dalam lagu-lagu kpop, tak kisahla band lelaki atau perempuan, di dalamnya ada unsur haram. Maka, hukumnya haram.
1) Haram pada penampilan mereka!
Band
perempuan, pakai seksi gila bapak, pastu menari macam apa bajet cute,
terlompat-lompat bagai. Sampai masuk surat khabar, seorang penari kpop
perempuan perut sneak sebab time buat show menari-nari, tergelincir,
jatuh, pastu sakit, senak perut, masuk hospital. Apa ke gerun. DAN, band
lelaki pula, dengan rambut di “colour”kan, ada yang pakai rambut palsu
dan sebagainya. Saya malas nak ulas, rasa semua dah tahu, 90% artis
korea telah membuat pembedahan plastik.
Soalan saya:
“Adakah
mengubah wajah itu Allah redha? Adakah pakai rambut palsu itu Allah
redha? Adakah colourkan rambut itu Allah redha? Adakah pakai seksi-seksi
tu Allah redha? Adakah menari berjoget bagai tu Allah redha? Adakah itu
semua bukan maksiat??!”
Jangan bagai alasan:
“Alah, mereka kafir, apa salahnya??”
Kalau
macam tu, tak salah la kalau orang kafir berzina, membunuh, merompak,
rogol orang, minum arak bagai? Sebab mereka kafir? Mana ada! Orang kafir
ke orang islam ke, jika dia buat benda yang Allah murka, kita kena
tegur! Hatta, ulama’ menyebut:
“Barangsiapa yang redha dengan kekafiran, maka dia juga menjadi kafir!”.
Hati-hati beb.
Kesannya? Bila ramai tengok kpop drama korea bagai, maka:
- a) Ramai wanita islam yang rasa MALU dengan wajah mereka, mereka rasa diri mereka tak cantik kerana mereka bandingkan diri mereka dengan wanita-wanita korea. Lantas, di sebabkan itu, mereka make up muka mereka, pakai seksi-seksi, semata-mata untuk kelihatan cantik. Yang muka tak cantik dan buruk, mereka sedih, rasa down, tiada keyakinan diri, da nada yang bunuh diri. Padahal Allah tak pandang pun wajah. Dan actually, manusia pun tak pandang sangat wajah ni.
Berapa
banyak lelaki tak hensem dapat kahwin dengan perempuan cantik. Berapa
ramai perempuan tak cantik dapat kahwin dengan laki hensem. Berapa
banyak kes laki hensem kahwin dengan perempuan cantik gila, tapi cerai.
Kes cerai pun setahun 27,000. Means, setiap 1 jam, 3 orang bercerai.
- b) Ramai lelaki yang terikut-ikut fashion rambut, fashion baju pakai ketat-ketat, warnakan rambut, pakai rambut palsu semata-mata nak Nampak macho, padahal tak macho pun. Banyak lagi kesannya.
2) Haram pada liriknya.
90%
Lirik dalam lagu-lagu kpop adalah berunsur cinta, mempromosi seks
seperti “kiss”, “hug” dan sebagainya, mempromosi pergaulan bebas,
mempromosi couple dan sebagainya. Walaupun korang dengar tu korang tak
faham, tapi, tak faham tu lah yang BAHAYA bila dengar. Sekali dia kutuk
Allah atau kutuk nabi macamana?
Kenapa tak boleh dengar lirik-lirik yang ada unsur haram ni?
Kerana,
apa yang kita dengar, benda tu yang akan masuk dalam FIKIRAN. Bila kita
dah selalu fikir benda tu, ia akan meresap dalam HATI. Bila dah meresap
dalam hati, maka ia akan membuahkan AMAL.
Contoh,
kalau hari-hari kita dengar pasal cinta, cinta, cinta, cinta, maka,
kita akan mula rasa nak bercinta dan tak rasa bahawa bercinta tu salah.
Dan akhirnya, kita pun startlah cari couple, dan rasa malu kalau tak
couple.
Kalau
hari-hari dengar pasal seks, seks, seks, cium, cium, cium, maka, kita
akan terasa nak buat benda tu. Sebab tu, cuba korang interview
budak-budak yang terlanjur. Cuba tanya dia, minat kpop tak? Minat drama
korea tak? Nescaya diorang akan kata, diorang minat. DAN, itulah PUNCA
mereka rasa teringin nak berzina.
Sebab tu lah, Ustaz Nouman Ali Khan ada sebut bahawa:
“Lagu-lagu yang ada unsur haram adalah pornografi bagi telinga…”
Maka,
kesan bila kita banyak dengar lagu yang liriknya macam ni, sampai satu
tahap, kita akan rasa NORMAL bila buat benda-benda dosa. Kita tak rasa
couple tu salah. Kita tak rasa bercinta sebelum nikah tu salah. Kita tak
rasa apa-apa bila tengok orang buat maksiat couple depan amta kita.
Kita anggap benda tu semua NORMAL dan takde apa hal.
Ketahuilah, merasa NORMAL dengan dosa adalah tanda hati rosak, hancur lebur, dan berkecai.
3) Haram pada official videonya.
Mustahil
kalau korang kata korang dengar kpop, tapi tak pernah tengok official
video dia. Kalau korang tengok official video dia, dalam tu kan banyak
pergaulan bebas? Laki pegang perempuan, aurat gila bapak, cium pipi,
menari sini sana. Tak ke haram?
So, ini semua adalah sebab pertama, iaitu, kpop haram kerana di dalamnya ada unsur haram. Jom, pergi ke point kedua.
***
SEBAB KEDUA: TAK CEGAH MUNGKAR.
Sebelum saya nak hurai sebab kedua ni, saya nak korang semua bukak mata dan baca hadith ni 27 kali sampai faham. Baca, baca!
عن
أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى
منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ،
وذلك أضعف الإيمان
( رواه مسلم )
Dari Abu Said Alkhudri meriwayatkan bahawa, nabi saw bersabda: “Barangsiapa
yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan TANGAN. Jika tak
mampu, maka ubahlah dengan LISAN. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan
HATI, dan itu (ubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman…”
(Hadith riwayat Muslim)
Apa yang korang faham dari hadith kat atas?
Biar saya hurai satu persatu hadith ni bagi korang faham.
1)
Bila kita Nampak maksiat depan mata, bila kita Nampak benda haram yang
orang buat, tak kisahla orang tu kafir ke islam ke, maka, kita WAJIB
TEGUR. Wajib! Sekurang-kurangnya kalau tak mampu, kita kena tegur dengan
HATI.
2) Apakah yang di maksudkan dengan “ubahlah dengan hati”?
Ubah dengan hati itu ada 3:
- a) Benci maksiat tersebut.
- b) Jauhi maksiat tersebut.
- c) Berazam untuk ubah maksiat tersebut jika kita mampu.
3)
Bermakna, jika kita Nampak satu maksiat, kita tak rasa apa-apa, tak
rasa benci, kita tak jauhi, means, kita takde iman! Kerana, mencegah
dengan hati adalah selemah-lemah iman!
So,
back to the point dengan topic kita. Bila kita tengok kpop, kita tengok
benda-benda haram yang mereka buat, pakaian mereka, lirik mereka, pergi
konsert mereka, tengok drama, tengok mereka pegang-pegang tangan dan
cium, siap nangis, siap ketagih, lepas satu drama, next drama sampai
berpuluh drama tengok, berates episode khatam, ADAKAH KITA ADA IMAN??!!
Takkan tak rasa apa-apa bila tengok maksiat yang mereka buat? Siap kita jadikan hiburan lagi tu? Apakah ini semua?!
Sepatutnya,
kalau kita ada iman, bila kita “ter”tengok kpop or drama bagai, kita
kena rasa benci, kemudian kita jauhi, dan kita berazam untuk nak ubah
mereka jika kita mampu. Contohnya, tengok Lee Min Ho berlakon. Kita kena
rasa benci dengan maksiat tu, kita kena jauhi benda tu, dan kita kena
berazam untuk tegur Lee Min Ho dan dakwah dia bila kita mampu nanti.
Jika tidak, kita di kira tiada iman, kerana selamah-lemah iman adalah mencegah dengan hati!
Clear? Jelas? Faham? Terbaik…
****
SEBAB KETIGA: TAK TUNDUK PANDANGAN
Okay.
Sebab ketiga ni, saya nak bagi ayat quran sikit. Sebab ada orang kalau
kita tak bagi ayat quran, dia tak nak terima teguran kita. So, saya bagi
ayat quran, fahami. Kalau boleh hafal, hafal!
قُل
لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ
ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُل
لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ
فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
النور: 30-31
“Katakanlah
kepada LELAKI beriman, TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan peliharalah
kemaluan mereka. Itu lebih menyucikan mereka. Sesungguhnya Allah maha
mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada WANITA
beriman, TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan peliharalah kemaluan mereka,
dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada yang biasa
(yang bukan aurat)…”
(Annur: 30-31)
Wahai
kawan, bila kita tengok ayat ni, Allah bukan suruh lelaki je tunduk
pandangan. Tapi, perempuan pun kena tunduk pandangan beb! Perempuan pun
kena tunduk pandangan!
Tapi,
hari ni, bila lelaki usha perempuan, bila lelaki tengok video lucah,
bila lelaki tengok official video Katy Perry bagai, bila lelaki letak
profile picture perempuan kat FB dia, komfem lelaki tu akan di pandang
MIANG, tak malu, nafsu tinggi dan sebagainya.
Tapi,
bila perempuan tengok artis korea, tengok justib bieber tak pakai baju,
siap like dan share, tengok One Direction, pastu share-share gambar tu,
siap ada yang letak gambar artis lelaki kesayangan mereka kat wallpaper
henset dan sebagainya, tak siapa anggap benda tu salah! Tapi, kalau
kita relatekan balik dengan lekaki tadi, seperti mana lelaki tu akan di
anggap miang kerana tak tunduk pandangan, macam tu juga perempuan di
anggap miang, nafsu tingga tak malu bila mereka usha lelaki!
Ingat video lucah je ke haram? Ingat nak tunggu naik syahwat baru haram? Sejak bila syarat haram ialah kena naik syahwat?
Kalau macam tu, bila kita tegur kawan kita yang selalu usha, bila kita tegur, nanti dia jawab:
“Weh, apa salahnya? Aku tak naik syahwat beb!!”
Apa kita nak jawab?
Sebab
tu, islam ni cantik. Dia cegah dari awal. Kalau tak, timbullah
golongan-golongan yang menggunakan alasan “tak naik syahwat” untuk
memuaskan nafsu syahawat mereka.
****
SEBAB KEEMPAT: SUPPORT MAKSIAT
Bila
kita tengok video kpop or drama korea dan yang seangkatan dengannya,
maka, secara tak langsung, dan secara tak sedar, kita dah SUPPORT
maksiat yang mereka lakukan. Sekali tekan kat youtube, views video tu
akan meningkat, bila views meningkat, mereka akan popular dan dapat
duit. Tu belum kita kalau LIKE mereka kat
Facebook
, follow mereka di twitter dan instagram.
Lagi
pelik, siap beli album artist u, beli DVD drama tu, beli kat itunes.
Kemudian, duit untung album semua tu, artis-artis tu akan meneruskan
maksiat mereka denganrasa bangga di sebabkan ada orang support. Lagi
lagi pelik tahap kritikal, pergi konsert mereka, bayar berates-ratus
ringgit!
Apakah semua ini?!
Allah
ada sebut banyak dalam quran, betapa Allah MURKA bila kita support dan
REDHA dengan maksiat yang mereka lakukan. Bacalah, baca!
وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
هود:113
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (yang melakukan maksiat) yang akan menyebabkan kamu masuk neraka!”
(Hud ayat 113)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيراً لِلْمُجْرِمِينَ
[القصص:17]
“Musa
berkata: ‘Ya tuhanku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan
kepadaku, aku sekali-kali tidak akan menjadi PENOLONG bagi orang-orang
yang melakukan dosa!!”
(Alqasas ayat 17)
Banyak
lagi ayat. Nak kata, bila kita support, bila kita dengar, tengok, pergi
beli album, pergi konsert, sebenarnya ia menandakan kita redha dengan
maksiat yang dia lakukan, sekaligus kita telah MENOLONG mereka untuk
meneruskan dosa!
Ingat ini dosa kecil? Ingat ini dosa kecil ke wahai kawan?
Ingatlah kata-kata ini:
“Apabila kita REDHA dengan maksiat yang di lakukan oleh orang lain, itu juga merupakan satu maksiat…”
***
SEBAB KELIMA: KITA BERSAMA DENGAN ORANG YANG KITA CINTAI
Seperti
biasa, sebelum saya nak ulas dengan lebih lanjut, hayatilah hadis nabi.
Korang kan kata korang cinta nabi, so, hayatilah hadis nabi dan
amalkan. Kalau cinta nabi la…
أنت مع من أحببت
“Engkau bersama orang yang engkau cintai (di akhirat kelak)”.
(Hadis riwayat Muslim)
Jika
kita cinta nabi, kita akan bersama nabi. Jika kita cinta Lee Min Ho,
atau artis EXO, SNSD bagai, kita akan bersama diorang kat akhirat nanti.
Kalau diorang masuk neraka, kita akan bersama mereka. Tapi jika cinta
nabi, cinta ulama’, cinta orang soleh, kita akan bersama mereka di
akhirat kelak.
Ingat, cinta ni kena ada bukti. Orang yang cinta rasul, takkan cinta artis kpop bagai.
***
SEBAB KEENAM: LALAI DARI AGAMA
Bab
ni best. Ramai yang tengok drama korea jepun bagi, or dengar lagu-lagu
yang ada usnur haram semua tu, bila kena tegur, depa akan jawab:
“Apa salahnya? Aku tak lebih-lebih. Aku tak lalai! Aku masih solat dan baca quran…”
“Ala.
Aku bukan lebih-lebih pun. Walaupun aku tengok runningman setiap hari,
aku still komit ikut usrah, katibah daurah semua aku pergi. Aku tak
lalai!”
Jawapan saya kepada orang yang macam ni ialah:
“Korang penipu! Penipu besar! Korang sebenarnya lalai! Bohong!”
Kenapa saya kata korang penipu?
Korang kata koang tak lalai dari agama? Apa korang ingat agama ni solat sahaja ke? Soalan saya:
1)
Berapa juzuk quran kau dah hafal? Kau baca quran 1 juz sehari ke tak?
Bagi can sikit, berapa kali kau dah khatam quran? Bagi can lagi, kau
baca quran lancar ke tak? Ke baca masih tersekat? Kenapa korang tak
guna masa berjam-jam korang tengok korea bagai tu untuk kuasai quran??
2)
Solat korang amacam? Full 5 waktu berjemaah kat surau (bagi laki) dan
awal waktu (bagi wanita)? Jangan cakap kau solat tak full. Agak-agakla.
Rukun islam kot. Belum masuk bab solat sunat. Qiamullail, tahajud solat
taubat semua korang buat hari-hari tak? Ke dah bertahun tak solat
tahajud? Pergh…Kalau korang guna masa berjam-jam tu untuk solat, kan
bagus?
3)
Kitab apa yang korang dah habis baca? Buku sirah apa yang korang dah
habis baca? Kitab sirah raheeq makhtum dah baca? Kitab fiqh sirah Albuti
dah habis baca? Kitab sirah duru wa ibar dah habis baca? Kat cinta
nabi, kenapa sirah pun tak baca? Belum masuk kitab dakwah. Dah baca
almuntolaq, dah baca fiqh dakwah, dah baca majmuat rasail blab la bla??
Kalau korang guna masa berjam-jam tengok korea bagai tu untuk baca buku,
komfem korang dah alim dah.
4)
Exam korang skor tak? SPM berapa A dapat? STAM mumtaz ke tak? Kat
universti, dapat 3 pointer ke atas tak? Lepas tu tak puas hati dengan
PTPTN bagai padahal korang bukan belajar betul-betul pun. Kalau korang
guna masa berjam-jam tengok korea tu untuk belajar, komfem korang jadi
genius.
5)
Dakwah dan tarbiah buat tak? Dah berapa ramai orang berubah di sebabkan
kau? Ke sorang pun takde? Kalau korang guna masa berjam-jam tengok
movie semua tu untuk dakwah tarbiah, mesti kau dapat hidupkan hati ramai
orang!
Tapi,
persoalannya, adakah kita buat semua benda tu? Kita tak buat! Kenapa
kita tak buat? Sebab kita LALAI! So, jangan nak menipu diri sendiri!
***
PENUTUP
Beginilah..
Kepada
semua pencinta, peminat dan penyokong KPOP, drama Korea Jepun, Melayu,
Indonesia, Cina, Tamil, Siberia, Eskimo, Arab Bersekutu, hatta drama
Alien workshop sekalipun kalau ada.
Kami nak tanya korang.
Apa rujukan hidup korang?
Kalau rujukan korang al Quran dan as Sunnah, ok kita sama.
Disebabkan rujukan hidup kita sama, saya nak tanya korang sekali lagi.
Bagi
kami 5 hujah kalau comel berserta dalil kenapa KPOP, drama-drama semua
sekali, dan semua yang berkaitan dengannya, korang PERTAHANKAN? Sebab
kami assume, kalau korang pertahankan, maksudnya korang nak kata bahawa
ia adalah HARUS, boleh tengok dan mungkin boleh bagi manfaat pada umat
Islam.
Korang boleh bagi 5 hujah kukuh dan dalil, kami akan DELETE semua post kami tentang kpop, dan tarik balik statement2 kami.
Kita
berprinsip atas nama kebenaran. Kalau kami salah, kami akan tarik balik
walaupun orang kata kami jilat ludah sendiri. Peduli apa, dah kami
salah. Akui je la, buat apa kami nak pertahankan kesalahan kami.
Dan kami minta dalil bukan sebab kami pandai or bajet bagus, tapi inilah PRINSIP seorang MUSLIM.
Saya
dah berikan 6 dalil untuk menguatkan HUJAH saya mengatakan KPOP, drama,
movie bagai yang ada unsur haram tak kisahla bangsa apa sekali pun,
sebagai HARAM. Saya dah berikan hujah.
Saya yakin. Dakwah ini, apabila kita berterus-terang, maka akan ada 3 kelompok:
1) Orang yang terima dan berubah
2) Orang yang tak terima dan menentang
3) Orang yang tak rasa apa-apa.
Kerana
itu, saya harap, moga kalian semua berada di dalam golongan yang
pertama. Dan, kepada yang menentang, sila berikan dalil dari ayat quran
dan hadis untuk mempertahankan apa yang korang buat.
Ingat, agama ni bukan ikut akal, tapi wahyu.
Akhir
sekali, saya yakin, semua orang nak berubah. Insyallah, ada masa, saya
akan kongsikan bagaimana cara nak tinggalkan ketagihan mendengar
lagu-lagu yang ada unsur haram dan juga cara nak tinggalkan ketagihan
drama, movie, anime dan juga video lucah.
Moga bermanfaat, dan, moga Allah ampunkan kita semua!
Jika
Umar Alkhattab pun boleh berubah, tak mustahil, kpopers juga boleh
berubah. Saya yakin dan percaya, hidayah Allah itu boleh datang kepada
siapa-siapa sahaja. Dan, Allah boleh tarik hidayahNya dari siapa-siapa yang Dia nak..
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment