Di Malaysia kita dikejutkan dengan berita kanak-kanak 7 tahun dikunci dan dibiarkan lapar berhari-hari di Penang. At least di Penang kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan. Di New Jersey Amerika Syarikat ada kisah sadis yang melampau apabila seorang ibu membunuh dengan membakar anaknya secara terbuka di atas jalan. Hyphernkemberly Dorvilier (22) kini ditahan polis selepas dilihat membakar bayi yang baru dilahirkan beliau. Seorang jiran terlihat Hyphernkemberly membakar sesuatu di atas jalanraya. Beliau menegur ibu yang tidak berhati perut ini kerana membakar sampah secara terbuka. Apabila ditanya apa yang dibakar Hyphernkemberly menjawab beliau membakar najis anjing. Si jiran melihat apa yang dibakar dan terkejut kerana ianya seorang bayi yang baru dilahirkan. Si ibu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh jiran. Bayi yang terbakar teruk diterbangkan ke hospital tetapi meninggal dunia dua jam selepas itu.Pihak hospital mengesahkan bayi tersebut baru sahaja dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih lagi melekat. Hyphernkemberly kini diberikan ikan jaminUSD 500 000 sementara menunggu tarikh perbicaraan. Kenapa sampai nak bakar bayi kami tak tahu. Diharap di Malaysia tak akan ada kes membunuh bayi yang meniru gaya sadis Hyphernkemberly Dorvilier.
No comments:
Post a Comment