Pada tahun 1963, Arthur Lampitt mengalami sebuah kemalangan kereta yang
mengerikan. Bagaimana pun beliau terselamat dan hanya mengalami sedikit
luka kecil pada bahagian lengannya. Setelah 51 tahun peristiwa ngeri itu
berlaku kini beliau sedar ada sesuatu yang tidak kena pada beliau.
Pada akhir tahun 2014 lalu, beliau mula berasa sakit seperti ditusuk
dengan benda tajam pada bahagian lengannya. Selepas beberapa hari
menahan kesakitan, kemudian ada sesuatu yang mula membonjol di bawah
kulitnya. Semenjak itu, beliau mula mengesyaki bahawa sakit ini
mempunyai kaitan dengan kemalangannya yang lalu.
Lampitt kemudiannya menjalani pembedahan kecil di awal tahun baru lalu
untuk mengeluarkan sebatang logam 7-inci pajang dari lengan kirinya.
Ianya telah tertanam di dalam lengannya sejak kemalangan kereta maut
pada tahun 1963.
Sebatang logam besi 7-inci bahagian suiz lampu yang telah berada dalam
lengan beliau selama 51 tahun. Ia pasti salah satu cerita yang sukar
untuk mempercayai
No comments:
Post a Comment