Jika di China ada gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu
gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali
mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan
di sebelah Barat Daya Turki. Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui
pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut
Pamukkale.
"Pluto" berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani
atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju
dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.
"Bilik ini penuh
dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua
haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung
pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh," tulis seorang
ahli geografi Yunani Strabo.
Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di
Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria
profesor arkeologi klasik dari University of Salento.
"Kami
mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata
mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini,"
ungkap D'Andria,
Di dalam gua tersebut penyelidik juga mendapati
sisa-sisa kuil, kolam renang, siri prasasti yang dikhaskan untuk para
dewa, Pluto dan Kore. Konon orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual
suci dari jauh kerana hanya para ketua keagamaan yang dibenarkan
berdiri di depan portal sumber
Beberapa ritual yang dilakukan dalam
gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk dalam keadaan hidup, kemudian
dikeluarkan mereka dalam keadaan mati. Asap dalam gua tersebut memang
sangat mematikan, sehingga jika terlalu dekat, karbondioksida akan
membunuh semua makhluk hidup.
Dulu dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno,
yang mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati.
Mereka menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian,
wap yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala
kecil.
"Ini adalah penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan
maklumat yang kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno," jelas
Alister Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo,
Itali.
Bagaimana, anda berani untuk melawat gerbang neraka di Turki ini?
No comments:
Post a Comment