1. Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia
nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga
merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan,
terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira
siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang
mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia
tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil
hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia
berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak
kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu
kita.
Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang
kepada kita.
Apabila dia
jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami
dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai
rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya?
Bagi mereka
yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain
timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila
memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang
lain.
Satu lagi,
kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita
selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita
yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada
perkara remeh ataupun sukar.
Segala
kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia
dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia
juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita
senang melakukannya bersama.
Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada
kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu
bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia
mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri
lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini
juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita
melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa
yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia
insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu
bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua
hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan
dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga
reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan
pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk
kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan
pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati.
Mimpi
memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah
dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan
izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah
keputusan sebaiknya.
Jika tidak,
tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan,
berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini
hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya
No comments:
Post a Comment