Ia mendapat bantahan, NGO SukaGuam bimbang ia boleh melahirkan generasi ‘besar kepala’ dan tidak menghormati ibu bapa serta menggesa ianya ditarik balik.
Puteri Umno mencadangkan agar ia dikaji secara terperinci dan Wanita Umno pula berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu itu sebaliknya perlu menelitinya dengan lebih mendalam.
Memetik tulisan Ketua Muslimat PAS, merotan anak-anak adalah bertujuan untuk mendidik.
Seandainya setiap ibu bapa memahami kepentingan rotan kepada anak-anak, serta mengetahui bahawa rotan adalah anjuran Rasulullah SAW, maka sudah tentu cara ini diamalkan sepanjang masa dan ketika, kata beliau.
Disertakan tiga hadis Rasullullah berkaitan rotan;
“Rahmat Allah kepada seseorang hamba yang menggantungkan di dalam rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab dengannya akan keluarganya.”Anjuran Rasullullah merotan untuk tujuan mendidik yang sepatutnya difahami ibu bapa dan pemantauan dengan rotan supaya anak-anak sentiasa mentaati perintah agama.
“Bahawa mengajar adab seseorang terhadap anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat sedekah dengan satu gantang zakat fitrah.”
“Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang.” -Harakah Daily
No comments:
Post a Comment