Suasana tenang di sebuah restoran makanan segera bertukar menjadi kecoh
apabila salah seorang pelanggannya ditembak di belakang kepala oleh
suspek yang tidak dikenali.
Melalui rakaman kamera pengawasan, mangsa yang dikenali sebagai Jacob
Van Der Hart, 35, sedang menikmati makanan di restoran Tiriton di Panama
bersama seorang rakan.
Secara tiba-tiba, suspek muncul dari arah belakang dan terus
mengeluarkan sepucuk pistol sebelum menghalakannya ke arah kepala
mangsa.
Dia kemudiannya melepaskan sedas tembakan sekaligus mengakibatkan mangsa jatuh dari kerusinya.
Menurut laporan Mail Online, suspek kemudiannya keluar dari
restoran itu dan dilihat membonceng sebuah motosikal berkuasa tinggi
yang sudah sedia menanti di luar.
Setakat ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan mangsa
kini sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Santo Tomas.
No comments:
Post a Comment