January 18, 2015
Toreh Tangan Kerana Putus Cinta Dengan Pengkid?
Hadoiii tak paham betul gua dengan budak-budak zaman sekarang nih! putus cinta skit toreh tangan.. tak boleh nak hadam berita² camni.
BELUM pun habis isu gadis Melayu berpelukan dengan artis K-Pop, muncul pulak kes gadis toreh tangan gara-gara putus cinta.
Terfikir-fikir jugak mana tahu gadis ini sememangnya gila hingga sampai sanggup mencederakan diri sendiri.
Meskipun sedang kecewa, rasanya ada pelbagai cara bagi meredakan kesedihan yang dialami dan bukanlah dengan cara sebegini.
Memangla orang selalu kata cinta itu buta, tetapi tidak perlulah kita menjadikan diri kita ini ‘buta’ semata-mata kerana cinta kan?
Hanya kerana terlalu kecewa, gadis ini sanggup menoreh tangan semahu-mahunya menggunakan pisau lipat sehingga memancut-mancut darah keluar dari tangannya.
Yang peliknya, boleh pulak memuat naik gambar kesan tangannya ditoreh di dalam Facebook semata-mata ini menunjukkan kekecewaan dan bukti percintaan.
Tambah mengejutkan, selepas dirisik-risik Facebook milik gadis ini rupa-rupanya kekasih yang digilai itu merupakan seorang pengkid.
Apa lagi, mengucap panjang jadinya… hanya kerana kekecewaan cinta terhadap seorang pengkid dia sanggup melakukan perbuatan yang dianggap bodoh dan kejam terhadap diri sendiri.
Sah-sahlah hubungan yang sememangnya terlarang ini takkan berkekalan apatah lagi berakhir dengan perkahwinan.
Makanya adik, silalah berpijak di bumi yang nyata!
Ermm… sedih sungguh melihat kelakuan dan pemikiran gadis-gadis remaja zaman la ni.
Moga-moga gadis di luar sana tidaklah melakukan perkara sebodoh ini hingga melukakan diri sendiri kerana putus cinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment