jom tengok video kenyataan daripada beliau >>>>>
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Aw8mK6yaisk
Nak cakap mendapat keizinan Tuhan, perbuatan orang yang maki budak K-Pop tu pun diizinkan Tuhan. Kalau ada orang kena rogol, boleh kau cakap lagi ia berlaku dengan mendapat keizinan Allah Taala? Dan yang paling aku pelik, time2 K-Pop kena bantai time tu la muncul perempuan2 macam ni backing dan berbicara pasal agama, tapi time Palestin kena serang, takde pulak muncul kata Yahudi serang Palestin kerana diizinkan Allah?
Baca penerangan Dr. Asri (Dr. Maza) seperti berikut:
IZIN BUKAN BERERTI REDHA
Kita tidak wajar berbicara sesuatu tentang Allah apa yang dia tidak faham sehingga akhirnya menampakkan kedangkalan cara fikir.
Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.
Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).
Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah. Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan mungkin disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka. Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.
Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan. Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”. Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.
Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.
Sebab itu dalam al-Quran Allah gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin Allah. Jika Allah tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini. Namun bukan semestinya apa yang Allah izinkan berlaku itu, Allah meredhainya. Firman Allah: (maksudnya) “Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).
Allah menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.
Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Zumar, ayat 7).
Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan faham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan.
Aku bagi contoh satu situasi yang mudah, seorang pelakon wanita yang cukup seksi dan banyak berlakon dalam filem2 yang mempunyai adegan dan babak maksiat, menerima Anugerah Pelakon Wanita terbaik bagi lakonannya dalam filem Isteriku Seorang Pelacur. Dalam ucapan kemenangannya di atas pentas dengan kain yang ketat dan terbelah serta baju yang menampakkan tulang belakang dari atas sampai ke bawah:
"Saya bersyukur kepada Allah, kerana dengan izin-Nya, saya telah memenangi anugerah ini. Segala bakat lakonan yang dikurniakan oleh Allah kepada saya akhirnya berbaloi dan membuahkan hasil. Alhamdulillah, terima kasih Allah"Ya, memang Allah izinkan beliau memenangi anugerah tersebut, akan tetapi, adakah Allah meredhai perbuatannya yang melakukan maksiat dalam lakonannya?
Terjemahan Surah an-Nisa, ayat ke-78:
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"Terjemahan Surah an-nisa, ayat ke-79:
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."
Berdasarkan kedua2 ayat di atas, segala yang berlaku sama ada yang baik atau yang buruk memang berlaku dengan keizinan dan ketentuan Tuhan, tapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram, kerana apa jua perkara buruk dan bala bencana adalah berpunca daripada kesalahan dan kesilapan manusia itu sendiri. Sebab itu Rasul diutus untuk memberi peringatan dan panduan agar manusia tidak melakukan kesalahan tersebut.
Aku faham dan sedar yang aku dan orang2 lain yang mengutuk2 K-Pop juga bukanlah perbuatan yang baik apatah lagi diredhai, tapi sekurang2nya aku tahu ia salah dan aku tidak menggunakan alasan agama dan Tuhan untuk mempertahankan tindakan kami mengutuk K-Pop. Kami juga tahu yang Nabi berdakwah tidak menggunakan kutukan dan kata2 kesat. Namun satu yang kami pasti, Nabi memang tidak pernah mengajar dan menyuruh umatnya memeluk dan membenarkan diri dicium artis K-Pop, malah ramai peminat2 yang taksub pada K-Pop ini tidak sedar yang mereka salah.
Btw, kalau orang letak video gadis itu, ia bukan bertujuan untuk mengaibkan gadis tersebut. Gadis itu sendiri yang merakam video itu untuk menyatakan pandangan dan pendirian beliau mengenai isu K-Pop itu, dan dia mahu suara dia didengari oleh ramai orang, sebab itu dia buat video itu, lainlah kalau ia cuma perbualan antara dia dan kawan2 dia di tempat tertutup, orang lain rakam video secara curi2 dan sebarkan kat Internet, itu baru mengaibkan.
No comments:
Post a Comment