Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan
dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah
laluan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas rentung
manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di KM326.3 Lebuhraya
Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.
Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam
perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands,
Pahang.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas
selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di
tengah-tengah laluan.
Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.
Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan
keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat
demikian.
Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang.
- Sumber: Astro Awani | Januari 15, 2015
No comments:
Post a Comment