January 03, 2015
Artis Tak Tahu Malu, Muatnaik Gambar "INTIM"
Langit masih 'menangis' tanpa henti siang dan malam. Pun begitu dalam kedinginan cuaca, kami tetap menerima bahan cerita panas daripada rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air.
Jiwa kami tiba-tiba jadi pijar tatkala cerita ini dibisikkan ke telinga yang mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wanita di Internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri.
Memang tidak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua.
Artis itu pula bukan calang-calang orang, tinggi ilmu agamanya dan sering mengadakan ceramah di sana sini.
Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatutnya artis itu tidak mudah terasuk dengan hasutan duniawi. Malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri.
Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. Bagaimanpun khabarnya gambar itu sudahpun dipadamkan.
Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerangi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya. -hmetro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment