Bunuh diri kelihatannya bukan pekara yang pelik di Jepun, kita sering mendengar tentang harakiri
bunuh diri terhormat bagi orang Jepun. Seppuku / Harakiri (切腹)
merupakan salah satu adat para samurai, terutama jeneral perang pada
zaman Bakufu dengan merobek perut mereka dan mengeluarkan usus mereka
agar dapat memulihkan nama mereka atas kegagalan ketika melaksanakan
tugas dan / atau kesalahan untuk kepentingan rakyat.
Disebabkan gejala bunuh diri di Jepun mungkin diilhamkan oleh pekara
seperti itu bahkan di negeri Sakura ini terdapat sebuah tempat yang
sering di gunakan oleh orang untuk mengakhiri hidupnya. Tempat tersebut
berada di gunung Fujiyama yang cukup terkenal di ngara tersebut sebagai
tempat yang sangat indah. Namun disebalik keindahan gunung ini ternyata
menyimpan sebuah cerita gelap kehidupan, yaitu ada di salah satu
bahagian dari gunung ini merupakan tempat yang paling sering digunakan
untuk melakukan bunuh diri
Nama tempat tersebut adalah hutan Aokigahara, atau disebut sebagai
"Jukai" ertinya lautan pokok. Budaya Jepun memang cukup memberikan
toleransi terhadap bunuh diri. Kerana bunuh diri dianggap sebagai bentuk
kesucian atau harga diri dan kehormatan.Tidak hairan kes bunuh diri
begitu banyak berlaku di Jepun.
Berikut inilah gambar hutan Aokigahara beserta rangka dan manusia dalam
keadaan tergantung di pelbagai tempat di dalam hutan ini.
No comments:
Post a Comment