Antara
kapal perang Indonesia yang terlibat dengan proses mencari serpihan
pesawat dan mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501.
PANGKALAN
BUN: Saat tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditemukan
kapal KRI Bung Tomo, kesemuanya masih berada dalam keadaan terikat di
kerusi pesawat.
Justeru, kesemua mayat dibawa naik ke atas kapal perang tersebut bersama kerusi yang diduduki.
Perkara
ini diceritakan Komandan KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan Sofiyan menerusi
panggilan telefon kepada portal berita Metro TV, pada Jumaat.
Yayan
menjelaskan, ketujuh-tujuh mangsa nahas tersebut didapati berada di
tempat duduk dengan memakai tali pinggang keselamatan dan tiga daripada
mereka disyaki merupakan satu keluarga.
“Terdapat dua lelaki dan seorang perempuan, satu keluarga kerana duduk berderet satu tempat duduk,” ungkap beliau.
Yayan menambah, terdapat dua mayat lain yang ditemui duduk bersebelahan sementara dua lagi mayat ditemui dalam posisi terpisah.
Difahamkan,
KRI Bung Tomo sudah pun melakukan koordinasi dengan KRI Banda Aceh dan
Badan SAR Nasional untuk membawa ketujuh-tujuh mayat yang ditemui itu ke
Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.
Jenazah Grayson, Khairunnisa Dan Kevin Dikenalpasti
Tentera Laut AS menurunkan empat jenazah korban nahas pesawat AirAsia QZ 8501 dari Helikopter Black Hawk sebaik tiba di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada Jumaat.
SURABAYA:
Pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) Polis Daerah Jawa Timur hari ini
mengesahkan identiti tiga lagi mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang
terkorban.
Mangsa pertama dikenalpasti, Hayati Lutfiah telah diumumkan identitinya kelmarin.
Setakat
Jumaat yang merupakan hari keenam selepas nahas berlaku, identiti tiga
mayat terbaharu yang diumumkan adalah Grayson Herbert Linaksita,
Khairunnisa Haidar Fauzi dan Kevin Alexander Sucipto.
Grayson
dan Kevin merupakan penumpang AirAsia yang hilang daripada radar pada
28 Disember 2014 itu, sementara Khairunnisa adalah kru pesawat.
Difahamkan,
setelah identiti mangsa nahas dikenalpasti dan diumumkan, pihak
polis akan menyerahkan mayat kepada AirAsia sebelum syarikat penerbangan
tersebut menguruskan penyerahan jenazah kepada keluarga masing-masing.
Kini
masih terdapat empat mayat lain yang sedang dalam proses identifikasi
dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja keputusan diperoleh.
- METROTVNEWS.COM
No comments:
Post a Comment