Katherine Jenkins, seorang penyanyi opera mengungkap kebiasaan uniknya,
iaitu tidur dengan mata terbuka. Katherine adalah salah seorang yang
mempunyai kelainan dalam dunia perubatan bernama Nocturnal
Lagophthalmos. Ketika tidur, Katherine tak boleh menutup matanya secara
sempurna, seperti orang biasa.
Katherine adalah salah satu daripada 10 peratus penduduk dunia yang
mempunyai kelainan ini. Dia mengaku tak boleh menutup matanya ketika
tidur sejak dia masih kecil.
"Mataku tidak boleh menutup sepenuhnya, sekurang-kurangnya mataku hanya
menutup setengah. Ketika aku tertidur, aku kelihatan seperti masih
terjaga. Aku juga jarang sekali bermimpi," ungkapnya.
Katherine juga menjelaskan bahawa ibunya sering bertanya apakah dia
sedang tertidur atau terbangun. Kerana kelainan yang dimilikinya, bahkan
orang di sekitarnya juga tak boleh membezakan ketika artis ini sedang
terjaga atau tertidur.
Hingga kini Nocturnal Lagophthalmos masih belum banyak diketahui. Tak
jelas apakah kelainan ini merupakan jangkitan, kelainan genetik, trauma,
atau akibat dari penyakit stroke.
Orang yang terkena kelainan ini biasanya lebih mudah mengalami rabun dan
jangkitan mata. Pekara ini kerana mata mereka lebih jarang terkena
cecair semulajadi mata, sehingga bakteria dan debu lebih mudah melekat
pada bola mata mereka.
No comments:
Post a Comment