January 06, 2015

SHAHEIZY SAM GUGUP SOAL PENDEDAHAN 'BERSKANDAL' DENGAN FAZURA?

Sebelum ini Fazura telah membuat pendedahan melalui program realiti TV, ‘Facing Up To Fazura’ yang menceritakan dia pernah bercinta dengan pelakon lelaki, Shaheizy Sam..

Ramai peminat masih lagi tak puas hati dan harap ada maklumat balas dari tuan punya badan sendiri iaitu Sam berkaitan kisah cinta mereka ni..

Sam telah muncul dan memberikan jawapan kepada semua peminatnya.., dia tak menafikan atau mengiyakan perkara itu.. Maklumlah Sam ni kan jenis lelaki yang amat misteri dalam bab-bab percintaan..

“Saya rasa tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Entahlah, saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini”

“Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan kongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsi bersama peminat atau sesiapa,” ujarnya.

Amboi sampai tak berminat nak jawab kot isu ni.., Yelar mungkin benda dah lama.. Tiba-tiba boleh muncul kembali tu yang macam malas je nak jawab perkara ini.. Yang pasti pasangan ini memang bercinta.. Tapi jodoh tak panjang, tu yang Sam malas nak kecoh-kecoh.. Macam dia cakap, selagi tak sampai ke tahap serius selagi tu dia tak akan kongsi dengan peminat

No comments:

Post a Comment