Bayi Lahir Dengan Tiga Tangan - BHAVANGAR,
India : Sekumpulan doktor di Hospital Awam Ahmedabad di negeri Gujarat
berjaya membuang tangan seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan tiga
tangan.
Pembedahan
terhadap bayi berusia dua minggu tersebut dilakukan oleh seorang doktor
pakar, Dr. Rakesh Joshi pada 17 Disember lalu.
Bayi
tersebut yang memiliki dua tangan kiri berpunca daripada sindrom
polymelia yang menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.
Keadaan
itu terjadi apabila satu daripada dua embrio di dalam rahim yang
sepatutnya menjadi kembar siam berhenti membesar lalu meninggalkan
anggota badannya melekat pada bayi yang lahir.
Sindrom berkenaan sangat jarang terjadi dan hanya ditemui satu dalam sejuta kelahiran.
Joshi
berkata, bayi tersebut bukan saja dilahirkan dengan tiga tangan tetapi
dia turut memiliki kaki kanan yang bengkok serta hanya mempunyai satu
buah pinggang. – Agensi
No comments:
Post a Comment