Seorang lelaki yang taksub dengan budaya Korea, berani melakukan
perubahan besar agar wajahnya kelihatan seperti lelaki-lelaki Asia.
Lelaki berusia 25 tahun ini asalnya bernama Max. Beliau telah menjalani
10 kali pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya.
Minatnya terhadap budaya Korea bermula ketika beliau belajar di Korea
beberapa tahun lalu. Beliau telah menukar namanya menjadi Xiahn dan
memperkenalkan diri ke dunia maya dengan nama samaran Oriental Gaucho.
Xiahn sangat menyukai drama Korea dan lagu-lagu Korea. Hal inilah yang
mendorongnya untuk melakukan pembedahan plastik sehingga ia boleh tampil
seperti orang Korea asli.
Demi kelihatan seperti lelaki Korea, lelaki yang lahir di Brazil ini
melakukan pembedahan pengecilan mata dan rahang. Transformasi gayanya
ini mengundang reaksi ramai orang, termasuk mereka yang menganggap
wajahnya menjadi aneh.
Sekarang Xiahn merancang untuk berpindah ke Korea Selatan secepat
mungkin. Walaupun penampilannya kini menjadi seperti lelaki Korea, Xiahn
mengaku ia tetap mencintai Brazil kerana Brazil adalah negara di mana
ia lahir dan membesar besar.
No comments:
Post a Comment