Inilah
aksi bdak-budak zaman sekarang... diharap ibubapa sentiasa memantau
tingkalaku anak-anak anda daripada perbuatan sebegini.
KAMPUNG
RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik
lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran
rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.
Ketua
Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian
kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik
berasmara di atas buaian.
Menurutnya,
kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka
dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan
terbabit.
“Sebelum
itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam
tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari
rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya
di Kampung Jerebun,” katanya.
Kamaruddin
berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki
tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian
di halaman rumah.
Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
Sementara
itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis
Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.
“Siasatan
awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek
dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.
Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu.
Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit
kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.
No comments:
Post a Comment