Seorang wanita dipercayai telah merosakkan masa depan adik angkatnya
dengan mengajar hisap perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Bagaimanapun perlu juga disiasat dengan teliti,mana tau remaja tersebut
hanya mencari alasan melepaskan diri.
Kuala Lumpur: “Kakak angkat ajar saya
hisap ‘ice’ (dadah syabu),” dakwa seorang remaja lelaki berusia 16
tahun yang diberkas bersama seorang wanita di sebuah pusat hiburan di
Jalan Kuchai Lama di sini.
Remaja itu diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang
melakukan operasi bersepadu sempena sambutan tahun baru 2015, awal pagi
semalam.
Pasangan itu yang diarahkan menjalani ujian air kencing didapati positif mengambil dadah syabu.
Ketika ditahan, pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh itu
turut mengaku mengambil dadah bagi tujuan mendapatkan keseronokan.
Menurutnya, dia bukanlah penagih dadah tegar, tetapi lebih kepada melayan sifat ingin tahu terhadap ‘rasa’ dadah.
No comments:
Post a Comment