January 05, 2015

Video "EHEM" Fazura Kini VIRAL Melalui Email


Isu tentang video lucah melibatkan para selebriti, tidak kira samada artis, ahli politik mahupun golongan alim ulama sudah menjadi perkara biasa di negara ini. 

Secara kesimpulannya isu ini secara tidak langsung boleh dikatakan jalan mudah bagi percubaan merosakkan reputasi dan nama baik selebriti yang terkait dalam video yang menjadi punca keruntuhan moral itu.

Penceramah Tersohor Negara, ustaz Azhar Idrus juga tidak terkecuali turut menjadi mangsa jenayah siber ini, dan kini juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin ,31 kini turut berdepan dengan situasi yang sama.

Bukan kali pertama dilanda berita sebegini, Fazura bertindak lebih bijak dengan menyusun langkah menangani penyebaran video palsu dibantu sistem perundangan negara melalui peguam peribadinya.

Ketika dihubungi, Fazura yang merupakan penghias kulit majalah ELLE Malaysia edisi Januari 2015 telah menghantarkan kenyataan akhbar rasmi dan buat masa ini aktres jelita itu tidak boleh mengulas lanjut.

“Kenyataan akhbar ini adalah untuk menjelaskan bahawa saya telah menerima panggilan telefon dari seorang rakan wartawan akhbar Harian Metro bahawa seorang penghantar email yang menggunakan alamat email berikut xxxxxxxxx@yahoo.com ingin menyebarkan sedutan video lucah dan cuba mengaitkan video itu dengan saya.

“Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana video lucah dan dengan yang demikian saya telah membuat satu laporan polis pada minggu lalu untuk membolehkan pihak polis dan SKMM membuat siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang penghantar email tersebut.

“Saya telah pun mendapatkan nasihat daripada peguam saya dan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap penghantar email tersebut diatas perbuatannya itu,”tutur Fazura yang dihubungi untuk mendapatkan info terkini mengenai perkara ini.

Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tanpa identiti sah kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu. Khabarnya video tersebut memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki.

Ketika awal kemunculannya dahulu pun dia pernah dikaitkan memiliki video lucah dan perkara tersebut akhirnya dilupakan begitu sahaja.

Kini isu sensitif seperti ini kembali muncul ketika selebriti pujaan ramai ini giat membina semula kariernya dengan pelbagai kejayaan yang diraih Fazura.

No comments:

Post a Comment