“Saya
teringin sangat nak makan buah kundang. Sebelum ini nak makan telur
penyu sudah dapat tapi untuk dapatkan buah kundang, sehingga sekarang
masih tidak jumpa,” kata Almy Nadia yang kini sarat mengandung lapan
bulan.
Selain
menumpukan perhatian kepada kandungan, Almy Nadia dalam masa yang sama
juga kini menguruskan jadual suaminya sepenuh masa.
“Buat
masa sekarang saya berhenti sekejap daripada berlakon. Selepas lahirkan
anak, saya akan mula kembali berlakon seperti biasa,” katanya lagi
sambil menyatakan mahu kembali amalkan diet dan menjaga badan selepas
bersalin kelak.
Sepanjang
proses kehamilannya itu, Almy juga telah membongkarkan satu peristiwa
yang agak ganjil dan menakutkan diri serta suaminya sendiri apabila
suatu malam ketika berada keseorangan di rumah dia telah ditegur oleh
suatu makhluk halus yang boleh dikatakan sebagai pontianak semasa berada
di biliknya.
Walaubagaimanapun,
Almy ketika itu tidak sedar akan kehadiran makhluk terbabit sehinggalah
dia mengalami bengkak-bengkak di bahagian tangannya.
“Saya
berseorangan di rumah ketika itu, maklumlah rumah kami di tepi highway.
Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap
sahaja”
No comments:
Post a Comment