(Gambar Hiasan)
Petua Untuk Kekal Awet Muda Cara Islam |
Ramai dikalangan kita hendak memiliki wajah dan tubuh badan yang
sentiasa sihat dan kekal awet muda sentiasa. Kali ini, Giler Kentang
ingin kongsikan beberapa petua untuk kekal awet muda cara Islam.
Petua ini sesuai digunakan oleh semua golongan dan jantina:
1) Sejurus bangun pagi,
sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu
dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3
kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
2) Sejurus bangun
pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam
mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru
diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
3) Amalkan memotong kuku
atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
4) Semasa berdandan di
waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Amalkan setiap pagi.
5) Untuk melihat wajah
kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan
ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah
surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah
kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
6) Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7) Amalkan bangun pagi
dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan
kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri
dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
8) Amalkan mandi air
telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada
orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum
air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan
sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer..*
9) Muka kalian biasanya
akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk
mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan
dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi,
pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di
susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu
diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana
ia akan mempercepatkan proses kedutan
Jom kita amalkan selalu, semoga badan kita sentiasa bertenaga dan sihat untuk melakukan aktiviti seharian.
No comments:
Post a Comment