BAGHDAD — Marah kerana menolak untuk melakukan persetubuhan dengan beberapa anggota militan IS, sejumlah 19 wanita dihukum bunuh atas dakwaan enggan mengadakan hubungan seks bersama jemaah lelaki.
Perkara itu didedahkan seorang pegawai Kurdish tempatan, Said Mimousini kepada stesen televisyen Iraqi News, yang mendakwa anggota IS telah bertindak kejam tanpa belas kasihan membunuh kumpulan wanita terbabit.
Dia menjelaskan, mangsa terbabit dipercayai dikurung terlebih dahulu
di ‘ibu kota’ IS di Iraq iaitu Mosul yang terletak agak jauh ke utara
Baghdad sebelum mereka dihukum mati tanpa perbicaraan sejak beberapa
hari lalu.
“Pelaksanaan hukuman mati itu dijatuhkan setelah wanita berkenaan
menolak berhubungan seks dengan anggota IS,” ujar Said yang juga adalah
jurucakap Parti Demokratik Kurdish ketika ditemuramah stesen tempatan
tersebut.
Lebih teruk dia menjelaskan, ramai anggota IS dari pelbagai negara
sempat berselisih faham akibat berebutkan ramai perempuan tawanan itu
untuk disetubuhi selepas penat berjuang sengit di medan pertempuran.
IS kata Said, didakwa mengurung ribuan wanita yang mereka tangkap
dari pelbagai kampung tempatan yang mereka tawan sebelum perempuan
terbabit dijual atau dihadiahkan kepada anggotanya sebagai ganjaran
insentif
Sebahagian besar tebusan wanita itu dalam usia 20-an, daripada etnik
minoriti Yazidi, kelompok masyarakat asli yang tinggal di pedalaman
wilayah utara Iraq dan masih lagi hidup dengan kepercayaan agama kuno.
Seorang utusan khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Zainab Bangura,
yang pernah berkunjung ke Iraq menyatakan bahawa IS sanggup berjual beli
perempuan seumpama mereka berniaga bahan bakar minyak mentah.
Seorang perempuan boleh didagangkan enam lelaki berbeza
dan kadang-kala anggota IS menjual gadis itu kembali kepada keluarga
mereka dengan harga ribuan dolar AS sebagai tebusan,” ujar Zainab. –
Agensi
No comments:
Post a Comment