August 08, 2015

Inikah Ciri-Ciri Sifat Suami Idaman Setiap Wanita? Betul Ker Wahai Kaum Hawa?

http://zurichmedia.blogspot.com/2015/08/inikah-ciri-ciri-sifat-suami-idaman.html


Inikah Ciri-Ciri Sifat Suami Idaman Setiap Wanita? Betul Ker Wahai Kaum Hawa?

WAHAI wanita keturunan Hawa, bayangkan suami anda begini sifat dan sikapnya, tidak pernah sekali pun meninggi suara terhadap anda. Baginya, suara yang keras daripada seseorang suami terhadap isterinya, kesannya lebih buruk daripada pukulan tangan.

Dia juga tidak pernah memarahi, apa lagi memaki kerana katanya, anda dilamar dan dibawa ke dalam rumahnya untuk hidup bersama dengan janji kasih sayang.

Jika itu janjinya, mengapa setelah hidup bersama mahu dimaki, dicela pula.

Lagi pun baginya, kata-kata keras terhadap isteri sekadar menunjuk kelemahan dirinya sendiri yang tidak cocok bagi seorang suami. Kata-kata yang kasar bukan tindakan bijak dan matang, apa lagi untuk membimbing isteri ke arah kebaikan sedangkan itulah tanggungjawab dirinya dan menjadi hak isterinya.

Bagaimana pula jika anda sebagai isteri yang berbuat salah?

Tidak. Dia tidak sekali-kali akan marah, sebaliknya dengan penuh kasih sayang, dia memeluk dan membelai anda sambil menasihati, "jangan lagi ulangi lagi kesilapan seperti itu sayang!".

Malah katanya, sebarang perlakuan anda adalah tanggungjawabnya dan jika anda buat silap, itu menunjukkan dia sendiri yang gagal mendidik anda menjauhi dan mengelak kesilapan itu. Justeru, berkali-kali pula dia minta maaf atas ‘kegagalannya’ itu.

Waktu tidur pula, dia sentiasa pastikan anda tidur lena mendahuluinya dan ketika bangun, dia sendiri bangun lebih awal daripada anda. Sebabnya, kewajipan suami ialah melindungi isteri dan memastikan isteri sentiasa dalam keadaan selamat. Dia tidak mahu mementingkan diri, nyenyak tidur ketika isterinya masih berjaga.

No comments:

Post a Comment