Pagi tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih tentang
penemuan objek yang ditemui di Pulau Reunion sah kepunyaan pesawat
MH370. Kami pasti keluarga mangsa yang hilang bersama MH370 pasti lagi
berat untuk terima berita ni.
Sepanjang kehilangan MH370, satu dunia berdoa agar pesawat itu ditemui
dalam keadaan selamat atau setidak-tidaknya tahu punca sebenar kejadian.
Disebalik berita yang kita baca di media sosial dan berita di
televisyen, isteri kepada juruterbang yang turut hilang bersama, Intan
Maizura Othman bengang dengan informasi yang dikeluarkan.
“Stop making false statement to the world!”
Intan Maizura mengatakan bahawa tiada siapa diantara ahli keluarga yang
dapat panggilan atau informasi tentang berita kejadian MH370 itu. Woww..
biar betul..
Benar atau tidak tentang apa yang kita dengar dan baca di laman sosial
mengenai kehilangan dan konspirasi kehilangan pesawat MH370 ni pun kami
tak tahu. Semoga satu hari nanti kita kebenarannya. Keluarga
sesungguhnya ada hak untuk mengetahui perkara yang sebenar..
No comments:
Post a Comment