Gejala berselfie nampaknya semakin parah dan ramai yang tidak berselfie
pada masa dan tempat yang tidak sesuai dengan keadaan selain daripada
merbahayakan nyawa. Lihat entri Tragedi Selfie Yang Mengorbankan Nyawa.
TINDAKAN seorang gadis yang sempat ‘berselfie’ disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.
Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan pengguna
laman sosial yang ‘terlihat’ gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial
Instagram.
Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar
selfie itu kurang ‘enak’ dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa
dan keadaan.
“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu,” tulisnya.
Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang
sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen gambar dia
berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu.
“Mama you still have us. I Promise gonna take care of you...insya-ALLAH #nyawaku,” tulisnya.
No comments:
Post a Comment