Menurut alim ulama Mesir, may be dajal will be appear from this place which is out of Haram range in Madina…..
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW telah bersabda:
”Tidak
seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang
pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta
sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara
kedua matanya tertulis “kaaf”, “faa”, “raa”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a.,Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tiada suatu
negeri pun melainkan akan didatangi oleh Dajjal kecuali hanya Makkah
dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah
dan Madinah itu melainkan disitu ada para malaikat yang berbaris rapat
untuk melindunginya.
Kemudian
Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu
kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari
goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan akan setiap orang
kafir dan munafik”. (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:
“Bumi yang paling baik adalah Madinah.
Pada waktu
datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah),kota
Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang
munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.Kaum wanita adalah
yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan.Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah ibn Shafeeq, daripada Muhjin ibn Adraa, Rasulullah SAW bersabda kepada orang ramai;”Hari Pembebasan, Hari pembebasan, Hari Pembebasan!” dan mengulanginya tiga kali. Baginda SAW ditanya oleh seorang sahabat,”Apakah Hari Pembebasan?”.
Baginda SAW menjawab:”Dajjal
(penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di
atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para
pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih itu?.itulah Masjid
Muhammad.
Kemudian
Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap
sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan Dajjal akan
sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem.
Madinah akan
bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita
keluar untuk menyertai Dajjal,ini adalah hari pembersihan”. (Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al ‘Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496).
Dari Abu Darda
r.a.,Rasulullah SAW bersabda,”Jika sesiapa belajar dengan ‘mata hati’
dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah
Dajjal”.(Hadis Riwayat Muslim)
Adakah kita
telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal?. Segala
kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya dan
terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan..
Akan tetapi
harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap orang
manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan
dirinya yang ‘bermata satu’ (luaran) untuk membuktikan dan juga
menyesatkan manusia.
Cukup sekadar
menciptakan satu sistem kehidupan yang mana manusia dipersembahkan dalam
pelbagai aspek duniawi yang sibuk,penuh nikmat,keselesaan,tidak
bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk al Quran dan as Sunnah
agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan
bertaqwa kepada Allah SWT sehinggakan dalam diam ia membutakan ‘mata
hati’ di dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment