August 11, 2015

MH370: Serpihan Mirip Pesawat Ditemui Di Maldives Pula



SETELAH serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada 30 Julai lalu disahkan milik MH370, kini muncul pula serpihan baru yang disyaki ada kaitan dengan kapal terbang dari syarikat Malaysia Airlines (MAS) itu.
Menurut laporan berita antarabangsa, penduduk di sebuah pulau yang terletak di Maldives berjaya menemui serpihan tersebut yang terdampar di Baa Atoll Fehendhoo dan Fulhahdhoo, yang mana kedua-dua kawasan tersebut terletak di selatan Maalhosmadulhu Atoll.

TERDAHULU: Perancis Lancar Gerakan Cari Serpihan MH370

Selain itu, sebuah laman berita tempatan, Haveeru, turut melaporkan tentang satu lagi penemuan berlaku di Pulau Noonu Atoll di Milhadhunmadulu Atoll.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsi oleh seorang individu, Mohamed Wafir, di Facebook, objek tersebut dikatakan memiliki persamaan dengan serpihan yang dijumpai sebelum ini.
2B39D45200000578-3191134-image-a-9_143912260789411782320_10152872660116503_4114864353416772118_o
Seorang pekerja syarikat penerbangan, James Hardy turut percaya, penemuan terbaru ini lebih signifikan berbanding yang sebelumnya dan mampu merubah seluruh misi pencarian tersebut.
“Saya dan teman-teman yang bekerja dalam bidang penerbangan telah melihat foto-foto berkenaan dan percaya ia datang dari bahagian pesawat berdasarkan kepada bentuknya.”
Lantas itu, kata Hardy lagi, sekiranya ia boleh disahkan maka kawasan pencarian yang kini di Perth akan berubah.
Tambahnya, lokasi serpihan tersebut ditemui sepadan dengan pengiraan yang dibuatnya bersama juruterbang Qantas berdasarkan kekuatan bahan api.
“Jika terbang rendah dan perlahan, ia lebih dari cukup untuk terbang sehingga ke Maldives.”

No comments:

Post a Comment