MALANG tidak berbau! Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan parah apabila patah kaki kanan setelah terjatuh dari eskalator di sebuah pusat beli-belah Parkson di Kota Bharu, Kelantan.
Memetik kenyataan dari penyelia pengawal keselamatan Kota Bharu Trade
Centre, kira-kira jam 1.10 tengah hari tadi, dia terdengar bunyi
jeritan pengunjung di situ sebelum bergegas ke tempat kejadian iaitu di
aras G.
Setibanya di situ, seorang budak perempuan dalam lingkungan usia tiga
tahun terbaring di atas lantai setelah terjatuh dari aras 1.
Katanya lagi, ketika membuat pemeriksaan melalui rakaman kamera litar
tertutup (CCTV), dia mendapati kanak-kanak malang itu telah bertindak
menaiki tangga eskalator melalui bahagian luar sambil berpaut pada
pemegangnya.
Tanpa pengawasan sesiapa, dia kemudiannya terjatuh setelah tangannya terlepas dari bahagian pemegang.
Sejurus selepas kejadian, ambulans telah dihubungi sebelum mereka
tiba dan membawa kanak-kanak berkenaan ke Hospital Raja Perempuan Zainab
II untuk rawatan lanjut.
Sejak akhir-akhir ini, kemalangan melibatkan eskelator acapkali
terjadi terutamanya di China apabila satu nyawa melayang setelah ia
‘menelan’ hidup-hidup seorang wanita.
No comments:
Post a Comment