August 10, 2015

Bayi lima bulan maut dalam kemalangan di Sungai Rambai

Orang ramai melihat keadaan kenderaan yang terhumban ke dalam sungai di Kampung Sebatu pada Sabtu. - Astro AWANI

JASIN: Seorang lelaki dan anaknya yang berusia lima bulan maut apabila kereta yang mereka naiki terhumban ke dalam sungai di Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Melaka, pada Sabtu.

Kenderaan yang dipandu mangsa terdahulu merempuh sebuah kereta lain sebelum terhumban ke sungai terbabit.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Faris maut di tempat kejadian dan bayinya, Putra Muhammad Arif, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke klinik kesihatan Sungai Rambai.

Manakala isteri mangsa, Harisah Diana Zakaria, 24 tahun, mengalami kecederaan parah di leher sementara dua lagi mangsa yang menaiki sebuah lagi kereta hanya cedera ringan dan kesemuanya dihantar ke klinik.

Menurut Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.08 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Sebuah jentera bomba dengan enam petugas tiba di lokasi dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan bantuan orang awam.

No comments:

Post a Comment