February 01, 2015

11 Jawapan Sesuai Untuk Yang Bertanya ‘Bila Nak Kahwin?

8-Perkara-Bakal-Pengantin-Tidak-Mahu-Berlaku-Pada-Hari-Persandingan-VITDAILYi
Selagi orang belum merasa nasi minyak kita, selagi itu lah mulut diorang tak penat-penat bertanya ‘Bila nak kahwin?’, ‘Awak bila lagi?’ dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya.

Saya ingat lagi situasi di mana seseorang yang saya kenali ditanya soalan tak masuk akal oleh beberapa makcik kepochi macam ni, ‘Awak dah kahwin belum?’, ‘Kenapa tak kahwin lagi?’, ‘Tak ada orang nak ke?‘. Seriously makcik? Mana pergi adab? Mana pergi sensitiviti?

56030922
So, disebabkan dah penat nak melayan, nah kami sediakan 10+1 jawapan yang dirasakan sangat sesuai untuk diberikan kepada golongan tak pandai jaga hati orang ni.

1. Bila anak makcik masuk meminang saya nanti. *wink

giphy
Tapi kalau anak dia jenis tak bekerja dan cuma habiskan duit mak ayah, janganlah korang jawab macam tu. Cari penyakit namanya.

2. Makcik nak sponsor majlis kahwin saya?

55381767

3. Bila kau nak bercerai?

images
Sesuai sangat tanya soalan ni. Kalau dia belum kahwin, suruh dia tanya soalan ‘Bila kau nak kahwin?’ depan cermin.

4. Tengok marriage kau bermasalah, aku rasa tak nak kahwinlah

Gambar perkahwinan Fahrin Ahmad dan Sara Ali8
Siapa tak takut kalau kita ditanya soalan macam tu oleh seseorang yang dah 4,5 kali ugut nak lari dari rumah sebab gaduh dengan suami atau isteri? Jaga rumahtangga awak baik-baik dulu sebelum tanya bila orang lain nak mendirikan masjid.

5. Kau tahu bila kau nak mati?

Screen Shot 2015-01-21 at 23.14.30
Haa tak tahu, kan? Samalah dengan soal jodoh. Tak ada siapa tahu bila jodoh dia sampai. So watlek watpeace lah dulu. Ada rezeki nanti, sampailah kad jemputan. Okay?

6. Tunggu suami kau kahwin dengan aku

rindu 2005
Tapi tengok juga suami dia jenis macam mana. Kalau dapat suami dan isteri tak kisah berpoligami, boleh jadi berita gembira dan berita dukacita untuk korang. Kahkahkah!

7. Kau tolong kutip derma kilat untuk aku kahwin, okay?

4bf42669e56347f99bef6b1d23753f24
Bukan tak nak kahwin, tapi kadang-kadang duit simpanan belum mencukupi adalah penyebab utama. So, apa kata korang sediakan tabung siap-siap dan mintak fund dekat setiap orang yang tanya soalan maut ni.

8. Bila Neil Patrick Harris berpisah dengan suami dia dan dia berkhatan untuk kahwin dengan aku

NPH-DB
Haa impossible kan, makcik? Jadi, tak payah tanya soalan yang saya sendiri tak tahu jawapannya bila. Sekian. Hihi.

9. Ajak orang tu ziarah majlis pengkebumian dan tanya, ‘Awak bila lagi?’

Screen Shot 2015-01-21 at 23.20.57
Kami yakin lepas tu dia tak akan tanya lagi soalan yang sama kat korang. 1-0!

10. Tunggu Redza Minhat melamar. Boleh?

77d9
Satu lagi perkara mustahil. Bukan bermaksud mustahil untuk kita berkahwin tapi mustahil untuk kita tahu jawapannya bila. Kenapa orang susah sangat nak faham? *nangis


11. Esok aku kahwin! Faham?

64360556ca5e1e99eca5a9f684444f4be66cf3fb2ea1b552a564dbc8f3a16ace
Paling senang sekali, korang jawab jelah esok. Mana tahu mulut masin, esok juga korang kahwin. Amin!

No comments:

Post a Comment