Lelaki Potong Kemaluan Sendiri Dan Masak
Kepada Tetamu. Seorang lelaki menjalani pembedahan membuang kemaluannya
sebelum memasak senjata sulitnya itu dan menyajikannya kepada lima
tetamu.
Mao
Sugiyama, 22, lelaki aseksual, secara sukarela menjalani pembedahan
untuk membuang kemaluannya. Bagaimanapun, pelukis ilustrasi itu membawa
pulang kemaluan dan buah zakarnya dari hospital dan mengadakan parti.
Dia mengenakan bayaran sebanyak RM640 terhadap setiap tetamu untuk
memakan kemaluannya yang dihiasi dengan cendawan dan daun parsli di
Tokyo.
Sebelum menikmati makanan itu,
tetamu duduk untuk mendengar mainan piano dan mengambil bahagian dalam
satu perbincangan, lapor CalorieLab.com. Sugiyama memasak sendiri
kemaluannya dengan dipantau seorang chef.
Dia
menawar untuk berbuat demikian dalam laman Twitternya kepada seorang
tetamu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM4,000 tetapi kemudian
mengambil keputusan membahagi-bahagikan ‘makanan’ itu kepada lima
tetamu.
“Saya menawarkan kemaluan
saya (zakar, buah zakar dan kantung zakar) untuk dimakan dengan harga
100,000 yen (RM4,000). Saya warga Jepun.
“Saya
menjalani pembedahan untuk membuang organ itu. Saya disahkan bebas
daripada sebarang penyakit kelamin. Organ itu berfungsi normal dan saya
tidak pernah menjalani rawatan hormon wanita.
“Pembeli
pertama yang berminat akan memperolehnya. Saya juga bersedia
menjualnya kepada sekumpulan pembeli. Saya akan memasak seperti yang
dikehendaki pembeli di lokasi yang dipilih mereka. Jika ada soalan, sila
hubungi saya menerusi e-mel,” tulisnya dalam laman Twitter.
Kira-kira
70 orang hadir pada acara itu yang diadakan di daerah Suginami di
Tokyo. Ketika lima orang memakan kemaluan Sugiyama, yang lain makan
daging lembu atau buaya.
Mereka
yang memakan kemaluan itu ialah pasangan suami isteri berusia 30
tahun, seorang wanita 22 tahun, seorang lelaki 32 tahun dan perancang
majlis, Shigenobu Matsuzawa, 29.
Sugiyama
meminta tetamunya menandatangani surat yang menyatakan dia tidak
akan didakwa sekiranya mereka sakit selepas memakan kemaluannya.
Penganjur parti itu berjenaka sebelum acara berkenaan dengan berkata, dia akan menyiarkan resipi masakan itu menerusi Internet.
CalorieLab.com memetik seorang tetamu sebagai berkata, kemaluan itu liat dan tidak mempunyai rasa.
Polis
Suginami yang dihubungi enggan melakukan siasatan dengan alasan ia
tidak melanggar undang-undang. Sugiyama juga menjalani pembedahan
membuang puting teteknya.
Selaku
aseksual yang tidak berminat terhadap kegiatan seks, Sugiyama tidak
akan menggantikan kemaluannya dengan kemaluan tiruan.
No comments:
Post a Comment