February 15, 2015

DiRaba Oleh Kawan Bapa

diraba, kawan, bapa, ramas, anak, saudara

Apa sudah jadi di Malaysia ni? Hari-hari mesti ada cerita dirogol. Yang merogol itu pun kawan bapa sendiri.

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dikatakan menggunakan alasan hendak memperkenalkan seorang gadis dengan anak lelakinya sebelum dia mengambil kesempatan merogol remaja berusia 14 tahun itu dalam kejadian berhampiran Pantai Penarik, Setiu, kelmarin.

Akibat perbuatannya itu, lelaki berusia 49 tahun dan bekerja sebagai nelayan terbabit direman selama tujuh hari selepas perintah reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rusila Nik, di sini semalam.

Suspek yang juga bapa kepada lapan anak disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan sebelum kejadian, suspek yang juga kenalan bapa mangsa mengambil gadis itu di rumahnya kira-kira jam 4 petang dengan alasan hendak memperkenalkan mangsa dengan anak lelakinya.

Selepas perjumpaan itu, mangsa dikatakan meminta suspek menghantar ke Pantai Penarik, Setiu kerana dia hendak bertemu dengan rakannya sebelum suspek mengambil kesempatan merogolnya ketika dalam perjalanan ke pantai berkenaan.

Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk di dalam semak, suspek kemudia menghantar mangsa pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 malam.

Mangsa yang ketakutan menceritakan kejadian itu kepada keluarganya yang kemudia membuat laporan di Balai Polis Setiu pada jam 1 pagi semalam.

Susulan laporan itu, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Telaga Papan, Setiu, jam 3 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment