February 05, 2015

Wanita Tak Ketawa Selama 40 Tahun Demi Wajah Cantik


DI SAAT rakan-rakannya bergelak ketawa tatkala berkumpul bersama, Tess Christian, 50, langsung tidak mempamerkan ekspresi wajah gembira.
Hanya bibirnya sahaja yang digerakkan sedikit bagi menunjukkan yang dia sebenarnya senang dengan suasana itu.

Pelik, tapi itulah amalan Tess bagi mengelakkan garis-garis kedutan pada wajahnya sejak 40 tahun lalu.
Wanita Elak Senyum Dan Ketawa Sebab Tak Mahu Wajah Berkedut
“Wajah saya tak berkedut kerana saya berlatih mengawal otot wajah saya. Ramai yang bertanya adakah saya menyuntik botox?
“Hakikatnya tidak dan saya berpuas hati kerana usaha untuk tidak senyum dan ketawa sejak remaja berbaloi,” katanya.
Teknik Tess ini sebenarnya turut diamalkan oleh beberapa selebriti termasuklah Kim Kardashian yang mengaku tidak mahu tersenyum lebar atau ketawa bagi mengelakkan kedut.
kim
Kim Kardashian jarang dilihat tersenyum lebar kerana mahu mengelakkan kedutan pada wajah.
Tapi, kami tertanya-tanya juga, apa gunanya cantik tanpa senyuman? Menyedihkan…

No comments:

Post a Comment