February 07, 2015

umpan keropok sebelum MELIWAT mangsa

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki OKU akal berdepan dua pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 10 bulan, di mahkamah sesyen, semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Rozi Saat, 34, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
 

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia yang juga seorang buruh itu didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii (liwat) terhadap mangsa di sebuah rumah kosong di Jalan Gong Pasir, Dungun, antara jam 6 hingga 6.30 petang, 24 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengulangi perbuatan sama di lokasi sama pada keesokan harinya, iaitu 25 Januari lalu, antara jam 6 hingga 6.30 petang.

Dengan itu, Muhammad Rozi yang memiliki kad OKU itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebarang jaminan tidak ditawarkan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa serta saksi-saksi pendakwaan.

Berdasarkan laporan diterima sebelum kejadian, tertuduh yang mengenali mangsa telah mengajak kanak-kanak malang itu pergi membeli keropok lekor bersama beberapa orang rakannya.

Semasa dalam perjalanan pulang, suspek dipercayai telah membawa mangsa singgah di sebuah rumah kosong dan telah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketika itu, salah seorang rakan suspek yang turut sama berada di situ cuba menghalang tindakannya, namun suspek tidak mengendahkan dan rakannya itu telah bertindak mengambil rakaman video menggunakan telefon bimbit miliknya.

Rakan suspek menyerahkan rakaman tersebut kepada ahli keluarga mangsa pada malam kejadian dan mendakwa suspek sebelum ini ada melakukan perkara sama terhadap mangsa.

Sejurus melihat rakaman video tersebut, keluarga mangsa membuat laporan polis dan beberapa jam kemudian, suspek ditahan untuk siasatan


No comments:

Post a Comment