TERBAHAK-BAHAK ketawa jadinya membaca satu ruangan jawatan kosong dalam sebuah akhbar tempatan.
Hamboi… bukan main lagi permintaan dan syarat pihak majikan yang menawarkan pekerjaan ini.
Agak-agaknya, ada ke yang sanggup menerima tawaran pekerjaan tersebut?
Yela kot-kot ada yang berkenaan nak jadi bini CEO la katakan!
Tambahan pula, gaji yang ditawarkan memang lumayan hingga mata yang melihatnya boleh berpinar-pinarla jadinya.
Ermmm… bila difikir-fikirkan ini mesti kes parah CEO terdesak cari
pembantu yang layak jadi bini hingga sanggup mengiklankan jawatan kosong
tersebut dalam akhbar.
Hah, bagi sesiapa yang berminat apa lagi, silalah hantar resume anda kepada ipmcglobal@gmail.com.
Selamat maju jaya dalam temuduga anda!
No comments:
Post a Comment