February 09, 2015

Marsha Tidak Serik Bercinta Dengan Jejaka Melayu


Meskipun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan dengan lelaki berbangsa Melayu, namun penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh akui dia tidak serik untuk bercinta dengan jejaka dari bangsa tersebut.

Malah, Marsha akui hatinya kini sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki Melayu yang dikenalinya lebih setahun yang lalu.

“Cukuplah saya beritahu saya sudah punya seseroang dalam hati ini dan kami memang sudah berkawan lama. Cuma belum ada perancangan untuk berkahwin lagi.

“Saya tak serik untuk bercinta lagi walaupun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini kerana saya sudah lali. Saya hanya berserah dan go with the flow,” katanya.

Marsha ditemui di sidang media 9 Selebriti Asia Tenggara Menjadi Puteri-Puteri Disney di Kuala Lumpur baru-baru ini diumumkan sebagai pelakon tempatan mewakili Malaysia dalam menjayakan projek tersebut.


Pun begitu, kali ini Marsha mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan cintanya.

“Saya rasa saya sudah cukup banyak berkongsi menge nai peribadi saya sebelum ini, jadi biarlah kali ini saya simpan dahulu dan jika ianya menjadi atau kami langkah ke satu peringkat lagi saya akan beritahu nanti,” luahnya lagi.

Mengenai perkemangan lain, Marsha kini sedang mempromosikan single Bebaskan nyanyian semula lagu soundtrack untuk filem Diseney iaitu Frozen.

No comments:

Post a Comment