PASTI ramai
tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar yang viral di atas dan
bawah yang dilihat khusyuk melaksanakan perintah Allah SWT tetapi di
sebelahnya terdapat sebuah keranda dengan bunga berbentuk salib di
hadapannya.
Tinjauan mendapati, keranda itu sebenarnya
menempatkan jasad artis Indonesia, Rinto Harahap yang meninggal dunia
pada 9 Februari lalu di Singapura selepas menderita sakit kanser tulang
dan angin ahmar.
Mendiang yang beragama Kristian menikahi wanita muslim bernama Lily Kuslolita.
Seperti yang kita faham, Indonesia membenarkan perkahwinan antara
muslim dan Kristian (yang ditafsir sebagai ahli kitab di sana) tanpa
mana-mana pasangan perlu menukar agama masing-masing.
Wanita bertelekung yang sembahyang di sebelah Rinto adalah isterinya itu.
Meninggal dunia pada usia 65 tahun, gambar di atas diambil sebelum mendiang dibawa ke tanah perkuburan bagi disemadikan.
Mendiang merupakan seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an.
No comments:
Post a Comment