“Duit saya sudah habis, saya tidak dapat balik rumah sebab itu saya
terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja mengaku berusia 13
tahun yang ditangkap ketika sedang berdua-duaan bersama seorang gadis
yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet.
Namun, remaja berkenaan menukar pula katanya dengan mengatakan gadis
berusiah 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa
tidur bersama selepas gagal menghubungi keluarga.
Pasangan tersebut antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat
dijalankan Penguat Kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di
sekitar ibu kota bermula jam 11 malam sehinggah 5 pagi baru-baru ini.
Kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 50 tahun dan disiasat di
bawah Akta Kesekasaan Jenayah Syariah 1997 yang membawa kepada hukuman
denda dan penjara jika disabit kesalahan.
No comments:
Post a Comment