Semalam
gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang
penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar
oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.
suspek yang
merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer
228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang,
semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Suspek yang
berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini
kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.
Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejam itu berjaya dikesan
oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh
terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari
binatang.
Dalam pada itu keluarga mangsa di Jitra bapa kepada pelajar malang itu menceritakan pelajar
wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat
laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di
tingkatan lima.
Johari Hashim
berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah
meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.
Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.
"Anak saya hanya
berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya
pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah
telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.
"Saya juga pernah
membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka,
saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak
lagi bercerita mengenainya," katanya.
Semoga pembalasan
yang setimpal untuk suspek diatas apa yang dilakukan nya jika didapat
bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment