Pemergian
tragis penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau
Pinang, Nursyuhada Johari, 20 petang semalam masih menjadi sesuatu yang
mengemparkan negara.
Walapun
lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu telah
ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat ditegakan
masih jauh.
Umumnya,
kita semua mahukan lelaki tukang masak tersebut dibawa ke tali gantung
secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan pantas kerana
masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui.
Seperti
kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada juga tidak
terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia.
Khabar
dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu yang boleh
dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang mengelar
Nursyuhada itu.
Atas
kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat bertebaran,
ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care
tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada.
“Dimaklumkan
bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik,
cemerlang peribadi dan antara individu yang menjandi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.
“Alhamdulillah
sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya
sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi
akan datang.
“Saya
memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat
pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.
“Selaku AJK Muslim Care,
yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur,
saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar
kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada,” katanya
melalui kenyataan di sebuah media sosial.
Kesungguhan
dan baris cerita yang disampaikan dengan jelas memperlihatkan
ketinggian budi pekerti dan kebaikkan dalam jiwa adik Nursyuhada.
Sudah pasti jasa Allahyarhamah ketika di Kelantan diingati semua yang sempat merasanya.
Hakikatnya, Nursyuhada masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh.
Cuma
takdir menentukan ada mangkuk ayun gila mana entah yang pada satu
petang tanpa berfikir panjang mengambil keputusan akal singkat untuk
meragut nyawa budak itu!
Apa
pun, pada masa yang sama, marilah kita menyedekahkan al-fatihah untuk
adik Nursyuhada yang menjadi mangsa seorang lelaki gila. Al-fatihah
No comments:
Post a Comment