Agnes Monica yang popular dengan lagu
Matahariku, dikritik hebat berikutan penampilannya semasa menghadiri
satu majlis hiburan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Bukan kerana pertemuannya dengan ketua Pegawai Eksekutif Sony Music
Entertainment atau aktor Hollywood, Jamie Foxx tetapi pemilihan busana
yang digayakannya rata-rata menjadi bahan bualan peminat di laman
Twitternya.
Antara maklum balas yang dimuat naik berbunyi "ya Tuhan, lebih baik kamu tidak memakai pakaian sahaja"
Meskipun wanita berusia 27 tahun itu mendapat komen yang negatif, namun
masih ramai peminat yang terus menyokongnya kerana tidak banyak
selebriti berpeluang hadir ke majlis sebesar itu.
Lihat Foto-foto Agnes Monica di bawah
No comments:
Post a Comment